Selamat Datang Ke Desa Abah Ngan Mak Homestay





Selamat datang ke Desa Abah Ngan Mak Homestay di Pantai Pengkalan Balak, Melaka.

Terletak di atas tanah seluas 1/2 ekar, rumah desa berkonsepkan rumah tradisional Melayu ini dibina berhadapan dengan pantai Pengkalan Balak. Rasai hembusan angin dan dengari deruan ombak pantai terus dari rumah. Suasana yang nyaman untuk percutian jauh dari kesibukan kota. Desa Abah Ngan Mak Homestay adalah tempat yang sangat sesuai untuk aktiviti keluarga atau berkumpulan. Kawasan parkir yang luas di hadapan pintu masuk rumah dapat memuatkan sehingga 10 buah kereta. Halaman rumah dan kawasan sekeliling boleh dijadikan kawasan riadah ditambah dengan tempat untuk BBQ di luar rumah.

Antara aktiviti yang popular di sini ialah bersantai di pesisir pantai , menaiki banana boat , melawat pusat konservasi penyu , memancing dan jet ski. 

Bagi anda yang ingin food hunting, Pengkalan Balak merupakan tempat yang sesuai untuk menginap kerana di sini merupakan port makanan laut terutama ikan bakar. Terdapat banyak restoran makanan laut di sepanjang pantai Pengkalan Balak yang mana jaraknya hanyalah beberapa minit berjalan kaki dari homestay. Jika anda berhajat untuk merasai coconut shake Klebang yang famous, anda boleh kesana dengan hanya perjalanan yang memakan masa 30 minit.


Untuk Melihat Kemudahan Yang Disediakan Klik Sini: Kemudahan & Harga 

Untuk Membuat Tempahan Klik Sini : Buat Tempahan